glittertextmaker.info

Featured Conference


Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2017 menampilkan barisan pemimpin dalam organisasi dan pengamal HR yang terbaik untuk berhubung dan mengetengahkan strategi pengurusan dan perkhidmatan HR dan isu-isu berkaitan peranan HR yang semakin kompleks, dalam usaha membantu organisasi untuk terus berkembang lebih kukuh. Tema-tema utama yang akan dibincangkan adalah:


      • Realiti dan trend pengurusan bakat di Malaysia.
      • Pengendalian pengambilan tenaga kerja asing dan tempatan
      • Kepentingan HR yang semakin berkembang sebagai rakan kongsi perniagaan strategik.
      • strategi dalam menghasilkan pemimpin masa depan.
      • teknologi, analisis tenaga kerja untuk pengurusan bakat.
      • Menilai, mengambil dan membangunkan yang terbaik.
      • Trend pampasan dan faedah di Asia.
      • Amalan terbaik dalam faedah fleksibel.
      • Kesihatan dan Kesejahteraan.
      • Revolusi digital HR

Persidangan ini direka khusus untuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengarah, Pengarah Urusan, Ketua, Ketua Jabatan, Pengurus, Penolong Pengurus, Pegawai, Senior Personnel dan Eksekutif daripada Jabatan Sumber Manusia atau Modal Insan.
Previous
Next Post »