glittertextmaker.info

Featured Public Program


Tujuan kursus ini dijalankan untuk menambahkan dan mempertingkatkan prestasi pekerja dalam bahagian teknikal terutama juruteknik dan pembantu juruteknik dan operator di setiap industri. Teknik-teknik yang digunakan dapat memberi dorongan dan pengetahuan yang bersesuaian supaya pekerja-pekerja ini menjadi lebih berkesan.  Pengetahuan untuk mendorong sikap yang positif serta mendisiplinkan pekerja adalah menjadi tumpuan. Kaedah bagaimana cara menjalankan penyelenggaraan diajar akan menjadi titik permulaan untuk menjadi pekerja yang cemerlang. Ia sangat berhasil dan digunakan untuk keadaan industri bila operasi industri itu terbeban dan keperluan pelanggan menjadi semakin meningkat. Kos kegagalan peralatan yang disebabkan oleh pekerja yang kurang minat akan meninggikan kesusutan atau kegagalan peralatan dan mesti dikurangkan dan cara yang paling berkesan akan ditunjukkan dalam program ini.

Penumpuan kepada cara menyemai sikap yang positif, pemeriksaan untuk meninggikan prestasi sendiri serta kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan yang tepat perlu diberi perhatian. Ramalan pada setiap kegagalan dan pemahaman pada masa kegagalan mungkin akan timbul dan akan ditunjukkan cara bagaimana mengatasinya. Kursus ini juga memberi pemerhatian bagaimana cara-cara pencegahan penyelenggaraan dijalankan dan apakah langkah-langkah yang penting sebagai kandungan permulaan.


Maklumat lanjut, klik sini
Previous
Next Post »